suria

Pusat Guru Swami Paramahamsa Nithyananda Ditutup Hingga Kes Skandal Seks Dibuktikan

GEORGETOWN: Satu-satunya pusat di Malaysia yang mempromosikan amalan spiritual guru Swami Paramahamsa Nithyananda telah ditutup operasi berkuat kuasa serta-merta.

Pusat itu akan ditutup sehinggalah kebenaran mengenai dakwaan skandal seks guru tersebut dibuktikan.

Skandal seks guru Swami dengan seorang aktres dari Selatan India telah disiarkan secara meluas oleh media cetak dan elektronik di wilayah Tamil di India.

Seorang jurucakap pusat tersebut di Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata, pusat berkenaan yang mula beroperasi dua tahun yang lalu telah dinasihatkan oleh Pertubuhan Hindu Sangam Malaysia (MHS) supaya ditutup sementara siasatan ke atas dakwaan mengenai skandar itu dibuktikan.

Pusat ajaran spiritual berkenaan berpusat di Taman Desa Gombak.

Kata jurucakap itu lagi, pusat berkenaan telah dihujani dengan panggilan telefon daripada para pengikut sejak skandal tersebut dibongkar pada 2 Mac lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain