suria

Kenderaan Persendirian Paling Banyak Disaman Ops Halang

KUALA LUMPUR: Ops Halang siri kelima tahun ini telah mengeluarkan 174 saman berbanding 220 saman pada siri sebelumnya, kata Timbalan Penguasa Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ashari Ahmad.

Daripada 174 saman yang dikeluarkan, 162 saman adalah daripada DBKL, 10 saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua saman Jabatan Alam Sekitar (JAS) sementara itu terdapat dua kereta telah ditunda DBKL dan dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, katanya.

"Kenderaan yang disaman melibatkan 32 bas, lapan teksi dan 134 kenderaan persendirian kerana pelbagai kesalahan seperti meletakkan kenderaan di atas garisan kuning untuk masa yang lama dan pencemaran asap yang dikeluarkan oleh kenderaan awam seperti bas," katanya kepada pemberita hari ini.

Ops Halang diadakan dua kali sebulan dan pada dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 780 saman dikeluarkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain