suria

Kakitangan JPJ Selangor Maut Terjatuh Tingkat Dua Apartmen

KOTA KINABALU: Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang sedang bercuti maut selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah apartmen di sini hari ini.

Ketua Polis Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang semasa Mohd Rizal Abdul Samad, 30, dipercayai sedang menjemur tuala di balkoni apartmen Api-Api Centre tempat penginapannya, apabila terjatuh.

Beliau berkata mayat Mohd Rizal dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Menurutnya Mohd Rizal yang bercuti ke Sabah bersama 15 rakan sejak empat hari lepas, baru selesai mendaki Gunung Kinabalu.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain