suria

Perubahan Bakal Dilaksanakan

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) sedang menimbangkan untuk memberi lebih kuasa autonomi kepada kampus-kampus cawangannya.

Naib Canselor yang baru dilantik, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata ini bermakna setiap kampus akan mempunyai kuasa yang lebih dalam operasi hariannya.

"Kami sedang mengkaji model yang digunakan di Universiti California yang mempunyai beberapa kampus yang melaporkan setiap urusan mereka kepada lembaga pemegang amanah," katanya dalam satu temubual di pejabatnya di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut laman web Universiti California (CSU), beberapa buah kolej digabungkan di bawah satu sistem perundangan dan selepas itu ia dikenali sebagai CSU.

CSU yang ada pada hari ini mempunyai kemudahan yang komprehensif dengan kewujudan beberapa politeknik bertaraf universiti.

Laman web itu turut menyatakan bahawa tanggungjawab setiap universiti tertakluk kepada lembaga pemegang amanah dan ahli-ahli yang dilantik oleh gabenor.

Pemegang amanah berkenaan pula akan melantik canselor, yang merupakan individu yang akan bertindak sebagai ketua pegawai eksekutif universiti manakala presiden pula akan bertanggungjawab terhadap kampus masing-masing.

Canselor, presiden dan lembaga pemegang amanah berkenaan akan terlibat dalam proses perundingan sebelum sesuatu sistem itu digunapakai di sesebuah universiti.

Sistem tersebut sedang dikaji oleh UiTM, kata Prof Sahol Hamid.

“Bagi kami, Senat merupakan badan tertinggi. Setiap kampus perlu melaporkan kepada senat walaupun mereka diberikan kuasa untuk beroperasi sebagai sebuah entitiyang berasingan.

"Kami juga sedang mengkaji kemungkinan untuk menawarkan lebih banyak kursus sejak program ijazah berkembar mula ditawarkan, “ katanya.

Pada ketika ini UiTM mempunyai tiga kampus utama, 15 cawangan, sembilan campus banda, 19 kolej yang bekerjasama dan satu kampus pintar.

Kini universiti berkenaan mempunyai 130,000 pelajar, dan Prof Sahol Hamid berharap jumlah berkenaan akan meningkat kepada 200,000 menjelang 2015.

Univerisiti berkenaan juga sedang dalam perancangan untuk menambah 20 kursus baru dalam program pengajian mereka antaranya ialah bidang kejuruteraan perubatan dan sains forensik.

Prof Sahol Hamid, yang pernah dipinjam untuk berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak tiga tahun yang lalu merupakan Naib Canselor kedua yang merupakan bekas pelajar UiTM. Yang pertama ialah bekas Naib Canselor, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau menyifatkan kepulangannya ke pangkuan universiti berkenaan ibarat ‘sirih pulang ke gagang’.

"Saya berada di UiTM selama 40 tahun termasuk ketika zaman saya belajar di kampus Shah Alam,” kata Prof Sahol Hamid yang mempunyai seorang cucu ini. Beliau yang juga pelajar kursus kejuruteraan kemudiannya dilantik sebagai pensyarah.

Prof Sahol Hamid juga pernah dilantik sebagai Ketua program Kejuruteraan Awam dan Dekan Fakulti Kejuruteraan serta Pengarah UiTM cawagan Pulau Pinang.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Canselor (bahagian Hal Ehwal Akademik) di kampus utama, Shah Alam sebelum dipinjamkan ke KPT.

"Apa saya perolehi hari ini adalah kerja dan pengalaman diperolehi di UiTM,” ujarnya.

Di KPT beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di pejabat pengurusan program, yang merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Jabatan berkenaan bertanggungjawab terhadap keseluruhan proses transformasi serta keupayaan pembangunan dan pengurusan setiap projek yang terletak di bawah kementerian berkenaan.

“Ketika saya di kementerian saya telah melawat dan membuat penilaian terhadap kekuatan dan kelemahan 20 buah universiti.

“Pendedahan yang saya memperolehi tidak ternilai dan saya berupaya untuk amalkan apa yang telah saya pelajari dan aplikasikannya di UiTM,” kata anak jati Pulau Pinang yang fasih berbahasa Hokkien.

"UiTM merupakan sebuah univeriti yang hebat dan telah matang dan saya rasa sangat bangga kerana diberi peluang untuk meletakkannya ditahap yang lebih tinggi,” katanya sambil menambah beliau menerima ribuan panggilan sejak beliau dilantik sebagai Naib Canselor.

“Saya terima hampir 2,000 panggilan telefon dan pesanan ringkas!”

Beliau juga merupakan professor di Universiti Stuttgart, di Jerman.

Harinya bermula seawall pukul 6.30 pagi.

“Pintu bilik saya dibuka untuk pelajar dan pensyarah dan mereka boleh membuat temujanji seawall pukul 7 pagi,” katanya yang mengadakan lawatan ke cawangan UiTM yang lain pada hujung minggu.

"Saya menerima cabaran dan masalah dengan tenang. Adalah sangat penting untuk mengosongkan minda anda kerana ia akan membantu anda membuat keputusan dengan lebih baik,” katanya.

Tidak mahu mengambil kredit untuk dirinya, Prof Sahol Hamid mengakui beliau mempunyai pasukan yang bagus kerana mendapat timbalan dan dekan-dekan yang ‘amat bekerjasama dan bersemangat’.

Artikel Lain