suria

Ketua Cabang PKR Dakwa Difitnah

IPOH: Seorang ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat aduan polis terhadap sebuah laman blog kerana mendakwa difitnah berhubung tindakan Anggota Parlimen PKR Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar parti minggu lepas.

Ketua cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata beliau membuat laporan polis kerana artikel dalam laman berkenaan menuduh beliau terlibat sebagai dalang tindakan Mohsin meninggalkan PKR dan menjadi wakil bebas.

Bercakap kepada pemberita di sini, Fauzi berkata tuduhan berkenaan berniat jahat kerana beliau telah bersama dengan PKR sejak 10 tahun lepas dan turut terlibat dengan usaha penubuhannya di Perak.

Beliau mengakui ada berjumpa dengan Mohsin sebelum pengumuman keluar itu dibuat tetapi ia hanya perjumpaan biasa.

Fauzi berkata bukan kesalahan beliau atau parti jika ada sesiapa yang mahu keluar parti. - BERNAMA

Artikel Lain