Tiga Maut, Seorang Parah Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Lahad Datu - Semasa | mStar

Tiga Maut, Seorang Parah Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Lahad Datu

LAHAD DATU: Tiga maut dan seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 25, Jalan Tungku-Felda Sahabat 16, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal dikenal pasti sebagai Osman Beddu, 24, dan pembonceng yang juga mentuanya, Masitah Batih, 50, dan penumpang kereta terbabit Lorna Awad, 42.

Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Shamsudin Mat.

Katanya pemandu kereta berkenaan yang dikenal pasti sebagai Salam Zulkifli, 40, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Katanya siasatan awal mendapati kereta yang dalam perjalanan dari Tungku ke Felda Sahabat 16 itu hilang kawalan lalu memasuki lorong kanan sebelum dirempuh motosikal yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain