PM Tidak Akan Hadiri Mesyuarat Agung Tahunan MCA Esok - Semasa | mStar

PM Tidak Akan Hadiri Mesyuarat Agung Tahunan MCA Esok

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menghadiri mesyuarat agung tahunan MCA di Wisma MCA yang dijadualkan esok, demikian menurut Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini menyebut keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam Barisan Nasional (BN).

Najib ialah Pengerusi BN.

Kenyataan itu menyebut MCA sewajarnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah dalaman parti terlebih dahulu secara bijaksana.

"Adalah diharapkan isu yang berbangkit dapat diselesaikan, seterusnya membolehkan barisan kepimpinan MCA mendapat mandat yang baru daripada para ahli," menurut kenyataan itu.

Menurut Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) MCA semalam, Najib dijadualkan merasmikan mesyuarat agung parti itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PKR Pecat Zulkifli Noordin

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain