PKR Kedah Mula Goyah, Dakwa Ahmad Bashah - Semasa | mStar

PKR Kedah Mula Goyah, Dakwa Ahmad Bashah

ALOR SETAR: Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri Kedah juga semakin goyah apabila ramai penyokong dan pemimpin parti berkenaan berhasrat keluar parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata mereka tidak berpuas hati dengan pengurusan parti berkenaan serta kecewa dengan pelbagai masalah yang melanda parti itu.

"Ramai yang mengeluh tidak puas hati dengan corak kepimpinan dan permasalahan yang tidak pernah padam dalam pemimpin parti itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Skuad Sayang' Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata setakat ini tidak ada wakil rakyat PKR yang berjumpa dengan beliau atau mana-mana pemimpin UMNO bagi menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti tersebut.

"Yang ada hanyalah penyokong dan pemimpin di beberapa peringkat yang mahu meninggalkan PKR dan saya ingin tegaskan bahawa tindakan mereka keluar daripada PKR atas kerelaan sendiri dan bukan dipengaruhi oleh UMNO," katanya.

Ditanya mengenai penafian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh bahawa beliau telah menyertai UMNO, Ahmad Bashah berkata sehingga sekarang wakil rakyat itu tidak pernah memohon menyertai UMNO.

"Beliau masih lagi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional dan sekiranya beliau berhasrat menyertai UMNO, maka beliau perlu membuat permohonan secara rasmi dan mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata UMNO bersedia membuka pintu kepada mana-mana pemimpin dan wakil rakyat parti lain yang berhasrat untuk bersama dalam perjuangan UMNO. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PKR Pecat Zulkifli Noordin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain