KUALA LUMPUR: Hari pencalonan untuk pilihan raya baru MCA ditetapkan pada 22 Mac, kata Setiausaha Agung parti Datuk Wong Foon Meng.Beliau berkata, proses pencalonan akan bermula dari 1 petang hingga 5 petang di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini. Katanya, satu pekeliling akan diedarkan kepada para perwakilan untuk memaklumkan tarikh pencalonan tersebut.