suria

Pemilihan Baru MCA 28 Mac

KUALA LUMPUR: Pemilihan baru MCA akan diadakan pada 28 Mac ini, demikian diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu hari ini.

Jawatankuasa itu juga membuat keputusan agar mesyuarat agung tahunan MCA yang dijadualkan Ahad ini diteruskan.

Awal hari ini, sayap Pemuda dan Wanita MCA membuat keputusan menangguhkan mesyuarat agung masing-masing.

Pemilihan baru itu diadakan ekoran tindakan 21 anggota CC melepaskan jawatan mereka semalam. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain