suria

Cubaan Seludup Keluar Minyak Masak Dan Gula Gagal

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 400 paket minyak masak dan 190 paket gula pasir yang cuba diseludup keluar dari negara ini di kawasan perairan Tawau, di sini semalam.

Pegawai Memerintah KM Budiman Lt Komander (Maritim) Asman Jamak berkata barangan seberat satu kilogram setiap paket bernilai kira-kira RM1,400 itu dirampas hasil pemeriksaan terhadap sebuah bot Jongkong pada kira-kira pukul 4 petang.

Ketika ditahan, bot yang membawa penumpang rakyat Indonesia itu dalam perjalanan ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik. Kesemua penumpang bot itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Tiada tangkapan dibuat kerana tidak seorangpun di atas bot berkenaan mengaku barangan kawalan itu milik mereka," katanya.

Semalam, Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau turut menggagalkan cubaan meyeludup keluar 410 kilogram minyak masak dan 200 kilogram gula pasir dari sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Tawau ke Nunukan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain