suria

Rokok Seludup Ditanam Dalam Tanah Elak Dikesan

SANDAKAN: Tindakan penjual rokok seludup menyembunyikan rokok di atas bumbung dan menanamnya di dalam tanah dikesan dalam satu operasi polis di Pasar Am Sibuga Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa berkata, dalam operasi pada pukul 9 pagi itu, sebanyak 220 karton rokok seludup pelbagai jenis berjaya dirampas.

"Tiada tangkapan dilakukan terhadap penjual rokok seludup yang menjalankan kegiatan mereka di sekitar pasar am itu," katanya pada sidang akhbar di sini.

Katanya, sebanyak 100 karton rokok yang dirampas itu disembunyikan di bumbung tingkat tiga pasar am itu dan 120 karton rokok lagi ditemui ditanam di dalam tanah di kawasan belukar sebuah penempatan setinggan berhampiran pasar itu.

Rokok seludup itu disimpan di dalam tangki air dan kemudian ditanam di dalam tanah.

Rosli berkata, modus operandi penjual rokok itu dikesan hasil intipan dan risikan.

Menurut beliau, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama pihak Kastam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain