suria

Rais Terima Kunjungan Duta Venezuela

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Venezuela ke Malaysia, Manuel Guzman di pejabatnya di Wisma Angkasapuri di sini.

Pada pertemuan selama satu jam itu, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat dan pengalaman mengenai perkembangan kebudayaan di negara masing-masing.

Pertemuan itu juga mengambil maklum bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama lebih erat dalam menjayakan aktiviti kebudayaan di mana satu perjanjian mengenainya dijangka akan dimeterai April ini.

Dalam pertemuan tersebut juga, Rais telah diundang untuk menghadiri Minggu Kebudayaan Venezuela yang akan diadakan pada April di Universiti Malaya dan LimKokWing University of Creative Technology.

Guzman yang ditemui selepas pertemuan itu berkata, Malaysia bersedia memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan festival tersebut.

"Mesyuarat ini sangat positif dan menterinya (Rais) telah melahirkan sokongan dan kerjasama penuh," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain