suria

Perlis Sumbang RM1.4 Juta Dana Pada Pelajar Tahun Lalu

KANGAR: Perlis mengeluarkan kira-kira RM1.4 juta bagi membantu 2,315 pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau luar negara tahun lalu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat berbanding kira-kira RM1.016 juta kepada 1,671 pelajar yang dikeluarkan pada tahun sebelumnya.

Menteri Besar hari ini menyampaikan dana berjumlah RM37,000 kepada 74 pelajar yang menerima tawaran melanjutkan pengajian mereka.

Katanya, Perlis memberi dana RM1,000 seorang kepada pelajar dari negeri itu yang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sama ada di dalam mahupun di luar negara, RMM500 bagi peringkat diploma, RM300 bagi matrikulasi dan RM200 bagi peringkat sijil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain