suria

Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Petaling 11, 17 Mac

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air sementara dijadualkan berlaku di beberapa kawasan di sekitar Wilayah Petaling antara 11 dan 17 Mac untuk membolehkan kerja-kerja penggantian paip kecemasan dan pengalihan paip dijalankan.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata sepanjang pelaksanaan kerja-kerja tersebut dua gangguan dijadualkan berlaku.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat pada 11 Mac dari pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya adalah keseluruhan kawasan Serdang, keseluruhan kawasan Seri Kembangan dan Astro.

Kawasan-kawasan yang terlibat pada 16 Mac, pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya adalah keseluruhan kawasan Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah, Kampung Paya Jaras, Kampung Sungai Plong, Bandar Baru Sungai Buloh, Subang Suria (U5), Penjara Sungai Buloh, Desa Moccis, Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor, Jalan Hospital Kusta, Sierra Mas, Kampung Melayu Sungai Buloh, SB Jaya Sungai Buloh dan keseluruhan Saujana Utama.

Sehubungan itu, Syabas menasihatkan para pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Untuk keterangan lanjut para pengguna boleh menghubungi talian bebas tol Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di 1-800-88-5252, SMS ke 39222 atau layari laman web Syabas di www.syabas.com.my. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain