suria

Bekas Banduan Phillip Lim Kembali Dari Australia

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam kes penculikan dan pembunuhan seorang pakar bedah jantung Australia Dr Victor Chang pada 4 Julai 1991, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) Rabu malam setelah dibebaskan dari Penjara Parramatta Isnin lalu selepas menjalani hukuman penjara selama 18 tahun.

Phillip Lim Choon Tee, 50, tiba dengan Penerbangan Malaysia (MAS) MH0122 dari Sydney pada pukul 9.05 malam yang kemudiannya dibawa oleh Imigresen untuk diambil keterangan selama kira-kira dua jam.

Beliau kemudian dikatakan telah meninggalkan lapangan terbang kira-kira pukul 11.15 malam melalui laluan kakitangan lapangan terbang.

Ini disahkan oleh seorang pegawai Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) ketika dihubungi oleh wartawan yang menunggu di pintu keluar balai ketibaan.

Difahamkan, Lim turut diiringi oleh pegawai-pegawai Imigresen Australia sebelum beliau diserahkan kepada pihak Imigresen Malaysia.

Beliau dikatakan warga tempatan paling lama menjalani hukuman penjara di luar negara atas kesalahan jenayah.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain