suria

Prospek Kenaikan Gaji Kakitangan Malaysia Pada 2010 Positif

KUALA LUMPUR: Prospek perniagaan Malaysia menaikkan gaji kakitangan mereka tahun ini adalah positif.

Menurut laporan International Business Report (IBR) oleh Grant Thornton, 63 peratus daripada syarikat Malaysia merancang menaikkan gaji, berbanding 44 peratus tahun lepas.

Peratusan syarikat tidak bersedia untuk sebarang kenaikan gaji juga menyaksikan prospek positif, dengan 30 peratus berbanding 36 peratus, tahun lepas.

"Meskipun majoriti perniagaan seluruh dunia lebih optimistik bagi 2010, para pekerja silap jika mereka merasakan tempoh sukar sudah berakhir.

"Apabila ditanya mengenai gaji kakitangan bagi tahun akan datang, 7,400 perusahaan sederhana dan besar dalam 36 ekonomi, menunjukkan mereka malahan tidak dijangka memberi kenaikan gaji semasa 2010 berbanding tahun lepas.

"Tiga puluh enam peratus perniagaan merancang tidak menaikkan gaji atau mengurangkan gaji di seluruh dunia, berbanding 24 peratus pada 2009," demikian menurut laporan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengenai peningkatan tenaga kerja, 29 daripada 36 ekonomi yang dikaji, menjangka menambahkan bilangan kakitangan mereka pada 2010.

Menurut laporan itu, perniagaan paling optimistik ialah di Vietnam, Brazil, Botswana, Australia dan India.

"Berada di kedudukan ke-14 dalam senarai, empat peratus pemilik perniagaan di Malaysia dijangka menambahkan bilangan kakitangan pada 2010, berbanding 20 peratus tahun lepas. Ini merupakan penurunan 16 peratus.

"Ia adalah negatif, berbanding pemilik perniagaan di negara-negara jiran seperti Vietnam dengan kenaikan 54 peratus, Filipina dengan peningkatan 29 peratus, dan Singapura dengan pertumbuhan 13 peratus dari segi bilangan kakitangan," demikian menurut laporan itu.

IBR merupakan kaji selidik tahunan pandangan eksekutif kanan dalam perniagaan persendirian di seluruh dunia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain