suria

PM Hadiri Tahlil Sempena Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis tahlil sempena 40 hari kemangkatan Sultan Johor yang keempat, Almarhum Sultan Iskandar di Masjid Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim dan anakanda baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris turut hadir pada majlis tahlil tersebut.

Turut sama menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan barisan Exco kerajaan negeri, Penasihat Majlis Agama Negeri Datuk Nooh Gadot dan mufti negeri Datuk Mohd Tahrir Samsuddin.

Sebelum itu, Perdana Menteri dan Sultan Johor serta kira-kira 500 yang lain terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan negeri turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib.

Almarhum Sultan Iskandar mangkat pada 22 Jan lepas selepas memerintah negeri Johor selama tiga dekad dan anakanda almarhum, Sultan Ibrahim telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang kelima di Istana Besar keesokkan harinya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain