suria

Pencuri Hilux Maut Dirempuh Kereta Ketika Cuba Larikan Diri

KUALA KRAI: Jenayah membawa padah apabila seorang pencuri kereta pacuan empat roda Toyota Hilux maut setelah dirempuh sebuah kereta ketika mangsa hendak melarikan diri selepas kenderaan yang dicurinya itu tidak boleh bergerak.

Kejadian berlaku di Kampung Jelawang, Jalan Sungai Sam-Dabong, di sini, semalam.

Dalam kejadian 10 malam itu, lelaki berkenaan telah memberhentikan kenderaan curi dari Kuala Krai itu di bahu kiri jalan dan hendak melarikan diri setelah kenderaan itu tidak boleh bergerak.

Ketika penjenayah itu, yang berusia 48 tahun, membuka pintu dan hendak keluar dari kenderaan tersebut, sebuah Proton Perdana dari laluan yang sama telah merempuh mangsa dari belakang.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis masih menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Abdul Rahman Jaafar yang mengesahkan kejadian itu berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain