Kegiatan Sindiket Cetak Rompak Terbongkar Selepas Rumah Terbakar - Semasa | mStar

Kegiatan Sindiket Cetak Rompak Terbongkar Selepas Rumah Terbakar

KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket pengedaran VCD dan DVD cetak rompak serta kad kredit palsu terbongkar setelah berlaku kebakaran di sebuah rumah di Taman Esplanad, Bukit Jalil di sini Jumaat lalu.

Rumah dua tingkat itu didapati dijadikan sebagai tempat simpanan barangan tersebut. "Ekoran kebakaran selepas tengah malam itu, polis menemui sejumlah 144,467 keping VCD dan DVD cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta serta sejumlah 3,351 keping kad kredit palsu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM11.03 juta," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Beliau berkata polis membuat serbuan ke rumah itu setelah mendapat maklumat mengenai penemuan barangan berkenaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat yang melakukan operasi memadam kebakaran di bahagian dapur rumah tersebut.

Beliau berkata polis turut menahan empat orang penghuni rumah berkenaan yang terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki berumur antara 25 hingga 35 tahun yang dipercayai anggota sindiket berkenaan. "Polis juga sedang menjejaki seorang lelaki Taiwan berusia 35 tahun yang dipercayai menjadi dalang kepada sindiket ini yang dipercayai masih berada di negara ini," katanya.

Muhammad Sabtu berkata polis percaya barangan tersebut adalah untuk pasaran luar negara, yang dicetak di sebuah kilang di Petaling Jaya.

Kesemua suspek ditahan reman selama seminggu sehingga esok dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia