suria

Gempa Bumi Sederhana Landa Kepulauan Talaud

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.0 berlaku pada pukul 7.13 petang ini di Kepulauan Talaud, kira-kira 322km timur laut dari Manado, Indonesia dan 1,000km tenggara Kunak, Sabah.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini berkata pusat gempa bumi itu terletak di kedudukan 3.2 Utara dan 127.2 Timur.

Gempa bumi itu tidak mencetuskan sebarang ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain