suria

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Guni

SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki yang dibungkus dalam guni gula ditemui di sebatang sungai berhampiran Kampung Sungai Perahu, Jalan Bukit Selambau ke Jeniang, semalam.

Mayat yang hampir reput itu ditemui pada kira-kira pukul 10.30 pagi oleh seorang warga emas yang berkebun di kawasan itu setelah terhidu bau busuk.

"Tiada pengenalan diri ditemui pada mayat lelaki itu," kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali.

Beliau berkata, mayat itu dihantar ke hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain