suria

Biar Rakyat Nilai Tindakan Fairus, Tan Tee Beng: Lim

PULAU PINANG: Ketua Menteri, Lim Guan Eng meminta penduduk Pulau Pinang menilai sendiri tindakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Rakyat sudah bijak untuk menilai mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tan dan Mohammad Fairus itu.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, tindakan kedua-dua anggota PKR itu tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita akan terus berkhidmat dengan mandat yang diberikan kepada kita dan kita tidak akan terganggu dengan perkara itu," katanya.

Semalam, Mohammad Fairus mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno manakala Tan, yang mengumumkan keluar parti itu pagi ini, akan menjadi wakil rakyat Bebas.

Tan memberi alasan bahawa tindakannya itu disebabkan beliau kecewa dengan PKR yang tunduk kepada kepimpinan Lim yang dianggap seperti diktator manakala Mohammad Fairus berkata, beliau telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR kerana gagal memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain