suria

Tiga Ditahan Berhubung Kes Samun Warga Emas

JOHOR BAHARU: Tiga lagi lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan kes samun yang menyebabkan kematian seorang wanita warga emas di rumah kedainya di Jalan Mersing-Jemaluang, dekat Mersing Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohd Nor Rashid berkata ini menjadikan enam lelaki ditahan sehingga kini bagi membantu siasatan kes berkenaan, namun beliau enggan memberikan butiran lanjut mengenai penahanan suspek kerana dikhuatiri menganggu siasatan.

Dalam kejadian antara pukul 12 tengah malam dan 1.15 pagi itu, sekumpulan lelaki dipercayai memasuki rumah kedai berkenaan dan mengikat kaki, tangan serta mulut Wong Gan Song. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain