suria

Gempa di Chile Begitu Menyentuh Perasaan Anifah Aman...

KUALA LUMPUR: Malapetaka gempa bumi yang melanda Chile begitu menyentuh perasaan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang kini sedang berusaha untuk melancarkan bantuan kepada negara tersebut.

Manakan tidak, beliau pernah menjejakkan kaki di Santiago dan menyifatkan bandar itu antara yang tercantik pernah dilawatinya kerana ia berlatar belakangkan pergunungan Andes yang dilitupi salji sepanjang masa.

“Sebagai permulaan saya sendiri akan membuat sumbangan pribadi kepada negara berkenaan dan saya berharap semua orang akan turut tampil menghulurkan bantuan," ujarnya,’’ ketika dihubungi The Star hari ini.

Anifah menyifatkan kemusnahan yang menimpa ibu negara Chile, Santiago dan bandar utama lain seperti Concepcion adalah sangat menyedihkan apatah lagi beliau sendiri pernah melawat Santiago sebagai timbalan menteri pada tahun 2001.

“Ia adalah sebuah bandar yang cantik berlatar belakangkan pergunungan Andes yang dilitupi salji,’’ katanya lagi.

Menurut Anifah beliau kini mengikuti perkembangan dari Chile menerusi laporan berita dan juga laporan para pegawainya dari Wisma Putra.

Sambil menyampaikan utusan dukacita dan sedih kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia kepada rakan sejawatannya dari Chile, Anifah juga berkata, beliau akan menghubungi Duta Besar Malaysia ke Chile untuk mendapatkan perkembangan terkini dan menguruskan bantuan dari Malaysia kepada Kerajaan Chile.

Pada masa yang sama katanya, beliau juga akan bertemu dengan Duta Chilean ke Malaysia, Jose Manuel Ovalle.

Beliau turut mengesahkan bahawa kedutaan Malaysia di Santiago setakat ini memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi mangsa gempa bumi.

Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedudukan rakyat Malaysia dan perkembangan gempa bumi di Chile boleh menghubungi pegawai bertugas Wisma Putra di talian 03-88874000/03-88874570 atau 03-88892746.

Kedutaan Chile di sini terletak di Wisma Selangor Dredging, Jalan Ampang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain