suria

Gempa Bumi Sederhana Berlaku Di Laut Banda, Indonesia

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 11.58 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa bumi itu berlaku pada latitud 7.9 darjah selatan dan longitud 128.5 darjah timur iaitu kira-kira 1,782km tenggara Tawau, Sabah.

Tiada ancaman tsunami akibat gegaran itu. Laut Banda ialah laut di Selatan Kepulauan Maluku yang mempunyai kira-kira 150 pulau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain