suria

Fadillah Dan Empiang Jabu Kekal Jawatan Pemuda Dan Wanita PBB

KUCHING: Sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Pergerakan Pemuda dan Wanita selesai membuat pemilihan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2010-2013.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemilihan Datuk Sri Mohd Asfia Awang Nassar berkata pada pemilihan sempena Konvensyen PBB Ke-12 menyaksikan Ketua Pemuda iaitu Fadillah Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi dan Ketua Wanita Senator Datuk Seri Empiang Jabu, masing-masing mengekalkan jawatan.

Mohd Asfia berkata jawatan timbalan ketua pemuda dan wanita yang turut tidak dipertandingkan masih lagi dipegang oleh penyandang masing-masing iaitu Daniel Jubang Kanyan dan Datin Fatimah Abdullah.

Mohd Asfia berkata semua jawatan naib ketua pemuda dan wanita menang tanpa bertanding kecuali jawatan Naib Ketua Pemuda Bumiputera menyaksikan Ketua Pemuda Jepak, Pandi Suhaili menang untuk mengisi kekosongan jawatan naib ketua pemuda yang tidak dipertahankan bekas Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan pemuda dan wanita untuk sesi 2010-2013 sempena Konvensyen PBB Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

PEMUDA

Ketua Pemuda

- Fadillah Yusof

Timbalan Ketua

- Daniel Jubang Kanyan

Naib Ketua

- Ensaring Suel

- Dr Simon Sinang Bada

- Pandi Suhaili

AJK (Bumiputera)

- Wan Hamzah Wan Paie

- Morshein Affandi

- Raymund Joseph Tanin

- Radin Kadri Radin Budiman

- Hamzah Brahim

- Ramli @ Narudin Sidi

- Mohd Tinggal Abdul Hamid

- Irwan Zulkarnain Hasbie

AJK (Pesaka)

- Stanley Sila

- Petter George Segie

- Thomas Romeo Christopher Tegong

- Hajis Japar Labau

- Ambrose Jemut Ukam

- Bell Bernard Aggan

- Henry Kilah Talek

WANITA

Ketua Wanita

- Senator Datuk Seri Empiang Jabu

Timbalan Wanita

- Datin Fatimah Abdullah

Naib Ketua Wanita

- Datuk Rohani Abdul Karim

- Dayang Madinah Tun Abang Openg

- Elizabeth Deng

AJK (Bumiputera)

- Hanifah Saed

- Hairiah Idris

- Sara Udin

- Dayang Raoyah Abang Adeng

- Zainani Salleh

- Dora Abdul Rahman

- Rokiah Temben

- Balkis Abdul Wahid

AJK (Pesaka)

- Esther Muja Balan

- Livan Tajang

- Datin Catherine Gramong

- Jacinta Riah Meta

- Phyllis Empina Tanggai

- Elingia Laum

- Jenny @ Jita Eyir

-- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain