Anggota Umno Perlu Amal Sikap Rendah Diri, Kata Shafie - Semasa | mStar

Anggota Umno Perlu Amal Sikap Rendah Diri, Kata Shafie

SEMPORNA: Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu anggota dan pemimpin parti itu, khususnya Umno Kedah, supaya kerap turun padang dan bersikap 'tawaduk' (rendah diri) ketika memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata pemimpin parti berkenaan tidak perlu mengharapkan sambutan besar-besaran seperti iringan paluan kompang dan bunga manggar sehingga lalai dengan tanggungjawab sebenar mereka kepada rakyat.

"Tanggungjawab utama kita ialah memberi khidmat kepada rakyat. Walaupun mungkin ada yang tidak menyukai kita namun kita perlu terus menghulurkan khidmat terbaik kita," katanya kepada pemberita di Pulau Mabul di sini pada Ahad.

Semalam Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno di Pulau Mabul, kira-kira 30 minit menaiki bot laju dari pekan Semporna.

Mengulas mengenai pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah, Shafie berkata selepas dua tahun kerajaan pimpinan PR memimpin negeri berkenaan ia belum menampakkan apa-apa perubahan untuk faedah rakyat.

Katanya kerajaan negeri Kedah jelas sudah gagal menunaikan janji-janji manis yang dibuatnya ketika kempen pilihan raya lalu dan perkara ini seharusnya perlu difikirkan sebaik-baiknya oleh rakyat di negeri Kedah.

Bukan setakat itu kata Shafie kerajaan PR di Kedah telah menimbulkan banyak masalah yang menyusahkan terutama isu terbaru mengenai masalah bekalan air bersih yang meruncing di negeri itu yang sehingga sekarang masih gagal ditangani dengan berkesan.

Katanya kerajaan PR di Kedah gagal melaksanakan tugas dengan berkesan kerana masa mereka banyak dibazirkan untuk menyelesaikan percakaran dalaman kepimpinan parti itu dan juga sesama pemimpin dalam PR.

Isu penggunaan nama "Allah" sebagai contoh katanya telah menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan kepimpinan PR yang turut melibatkan golongan yang dianggap berstatus ulama sehingga mewujudkan krisis keyakinan kepada kepimpinan PR sendiri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Akhbar Mingguan mStar Kini Di Pasaran

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain