Setiausaha Agung BN Bantu Selesaikan Masalah SPDP - Semasa | mStar

Setiausaha Agung BN Bantu Selesaikan Masalah SPDP

JULAU (Sarawak): Satu penyelesaian secara baik mungkin dapat dicapai berhubung masalah yang kini menyelubungi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kini berada di negeri ini dan nampaknya bekerja di sebalik tabir untuk berusaha menyelesaikan masalah itu.

Adun kawasan Meluan daripada SPDP Wong anak Judat memberitahu Bernama di sini semalam bahawa Tengku Adnan telah pun bertemu Presiden parti Datuk Seri William Mawan Ikom, Timbalan Presiden Datuk Peter Nyarok, Setiausaha Agung Nelson Balang Rining dan Bendahari Agung yang juga Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing baru-baru ini.

"Beliau sepatutnya bertemu bekas Setiausaha Agung kami, Sylvester Entri Munan, dan beberapa orang lagi semalam.

"Kemudian, beliau berharap untuk berjumpa dengan Presiden PRS Datuk Seri Dr James Jemut Masing," kata Wong selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran Sektor Rukun Tetanggan Pekan Julau di sini.

Beliau berkata selepas itu, Tengku Adnan akan menemui Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN negeri, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Anggota Majlis Tertinggi SPDP Paul Igai, ketika ditemui mengesahkan bahawa Tengku Adnan sedang membantu menyelesaikan pergolakan dalam parti berkenaan.

"Beliau berkemungkinan besar akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi kami pada Ahad ini," katanya.

Masalah dalam SPDP berbangkit selepas perhimpunan agung tiga tahun sekali parti itu baru-baru ini apabila Mawan melantik Nelson Balang, yang juga Adun kawasan Ba Kelalan, menggantikan Entri sebagai Setiausaha Agung yang baru.

Pelantikan itu tidak diterima baik oleh Entri dan empat yang lain Naib Presiden kanan Datuk Peter Nansian, Ketua Penerangan Paulus Palu Gumbang (Adun kawasan Batu Danau), Rosey Yunus (Adun kawasan Bekenu) dan Dr Tiki Lafe (Anggota Parlimen Mas Gading).

Mereka kemudiannya membuat sendiri keputusan untuk bergabung segera dengan PRS tanpa melakukan menerusi Peter Nyarok, yang juga Pengerusi SPDP bagi jawatankuasa penggabungan yang dicadangkan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini