suria

Polis Masih Siasat Insiden Culik Di Pulau Sebangkat - Musa Aman

KOTA KINABALU: Polis Sabah tidak dapat mengesahkan pembebasan dua pekerja ladang rumpai laut dipercayai telah dilarikan di persekitaran Pulau Sebangkat, dekat Semporna, awal bulan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, berkata Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Noor Rashid Ibrahim telah mengesahkan kepadanya bahawa kes itu masih lagi disiasat.

"Saya bersama beliau (Noor Rashid) pagi tadi dan tiada perkembangan baru berhubung insiden itu," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan Rakyat Malaysia di sini hari ini.

Pada 8 Februari lalu, seorang pengurus ladang rumpai laut itu dan seorang penyelia dilaporkan hilang semasa kejadian rompakan pada awal pagi di pulau itu.

Menurut polis, sekumpulan lima lelaki, dua daripada mereka bersenjatakan rifel dan seorang bersenjatakan parang, datang ke pulau berkenaan menggunakan dua bot pam kira-kira pukul 1.30 pagi. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain