suria

SPRM Nafi Tidak Siasat Kes Rasuah Babitkan Nik Aziz

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya itu tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya berkata SPRM Kelantan telah selesai menjalankan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan itu pada Januari lalu.

"Sekarang, kita kena tunggu dan terpulang kepada Pendakwa Raya sama ada mahu melakukan pendakwaan atau tidak," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan kepada SPRM di sini berhubung sebuah blog menyiarkan artikel "SPRM Kelantan Pro Pas: Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai". -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain