SPRM Nafi Tidak Siasat Kes Rasuah Babitkan Nik Aziz - Semasa | mStar

SPRM Nafi Tidak Siasat Kes Rasuah Babitkan Nik Aziz

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya itu tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya berkata SPRM Kelantan telah selesai menjalankan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan itu pada Januari lalu.

"Sekarang, kita kena tunggu dan terpulang kepada Pendakwa Raya sama ada mahu melakukan pendakwaan atau tidak," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan kepada SPRM di sini berhubung sebuah blog menyiarkan artikel "SPRM Kelantan Pro Pas: Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai". -BERNAMA

Artikel Sebelum

Sambut Maulidur Rasul

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain