suria

Pemandu Lori Parah Ditembak Penyerang Tidak Dikenali

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori cedera parah setelah terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh orang yang tidak dikenali di luar sebuah kilang di Bukit Raja di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 8.20 pagi ketika N.Durai Vanan, 35, turun daripada lori yang dipandunya untuk mengambil barang di kilang itu.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di tangan kanan dan perut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohamad berkata penyerang datang dengan menaiki sebuah motosikal bersama-sama seorang lelaki.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Taman Puchong Indah, Puchong bukan pekerja di kilang itu.

"Kami masih lagi menyiasat punca dan motif sebenar kes ini" katanya yang menambah polis akan merekod keterangan daripada mangsa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain