suria

Polis Mohon Kerjasama Kesan Pemandu Teksi

PULAU PINANG: Polis kini mengesan seorang pemandu teksi lelaki bagi membantu siasatan dua kes mencurah asid ke atas seorang rakannya yang berlaku pada tahun 1998 dan 2002.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, lelaki itu yang dikenali Gee Teik Beng, 50, beralamat terakhir di No 38, Lengkok Tembaga Park Island, Pulau Pinang pernah ditahan polis negeri pada Oktober lepas bagi membantu siasatan satu kejadian curah asid di sini.

"Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis Johor untuk membantu siasatan satu lagi kes mencurah asid melibatkan mangsa yang sama di sana," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, lelaki itu yang disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dibebaskan dengan jaminan polis sebelum menghilangkan diri.

"Sehubungan itu, polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Gee dan orang ramai yang mengenali atau mengetahui lokasi lelaki tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk memberi maklumat," katanya.

Akibat disimbah asid sebanyak dua kali mangsa, Eng Choon Tee, 49, kini mengalami kecederaan fizikal yang serius pada seluruh badan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain