suria

Pemuda Pakatan Pembangkang Pelawa Pemuda Umno, NGO Melayu Sertai Debat

PULAU PINANG: Pergerakan Pemuda dari parti-parti pakatan pembangkang di negeri ini mempelawa Pergerakan Pemuda Umno dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan orang Melayu untuk menyertai debat terbuka anjuran mereka pada 7 Mac ini.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri, Yeoh Soon Hin berkata, debat yang bertemakan 'Isu Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam di negeri tersebut.

"Kita mahu berdebat secara terbuka dengan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan kita menghantar surat jemputan kepada mereka mulai hari ini,"katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata, pakatan pembangkang akan disertai wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK), DAP dan wakil Pemuda PAS, manakala moderatornya adalah individu yang berkecuali.

Yeoh berkata, Pemuda Umno dan NGO-NGO Melayu itu diberi masa sehingga 3 Mac ini untuk memberi jawapan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain