suria

Lelaki Ditahan Jadikan Premis Sebagai Stesen Minyak Haram

PADANG BESAR: Seorang pemilik sebuah premis di Kampung Melayu di sini ditahan kerana dipercayai menjadikannya sebagai stesen minyak haram membekalkan diesel bersubsidi kepada kenderaan warga asing.

Penolong Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Perlis, Abdul Razak Hanafi berkata pam minyak serta dua tangki di perkarangan premis itu dan peralatan yang dikaitkan sebagai stesen minyak itu disita.

Dua buah kenderaan yang terdapat di situ turut dirampas.

Abdul Razak berkata, pemilik rumah itu, seorang rakyat tempatan berusia lingkungan empat puluhan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya lelaki itu boleh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanyanya sekali, jika sabit kesalahan.

Abdul Razak berkata stesen minyak haram itu dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu dengan bekalannya diperolehi daripada stesen-stesen minyak berdekatan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain