suria

PGM Pengkalan Kubor Terima Pontoon RM1.5 Juta

PENGKALAN KUBUR: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor hari ini secara rasmi menerima pontoon (pelantar terapung) bernilai RM1.5 juta yang dibina sejak September lepas.

Majlis penyerahan pontoon itu dilakukan oleh Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Tumpat, Badrul Hisham Baharom.

Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Deputi Supritendan Tan Cheng Sang berkata, dengan penggunaan pontoon itu akan memudahkan PGM menyimpan bot dengan lebih tersusun di samping memudahkan aktiviti keluar masuk ke jeti PGM.

"Pontoon ini mampu menempatkan enam buah bot pada satu-satu masa di samping dilengkapi kemudahan bekalan air bersih serta bekalan elektrik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain