suria

Mayat Lelaki Rentung Ditemui Dalam Van

PASIR GUDANG: Mayat seorang lelaki rentung ditemui di dalam sebuah van yang terbakar di sebuah ladang kelapa sawit di Kong-Kong, Masai pada pukul 8 pagi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, tiada sebarang pengenalan diri dijumpai pada mayat lelaki yang berada di tempat duduk belakang van oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Katanya, polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

"Polis kini menyiasat kes, yang diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, daripada pelbagai sudut termasuk mengesan maklumat daripada plat nombor pendaftaran kenderaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain