Tidak Ada Masalah Kekurangan Doktor - MMA - Semasa | mStar

Tidak Ada Masalah Kekurangan Doktor - MMA

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini berkata tidak wujud masalah kekurangan doktor di negara ini tetapi lebih kepada isu penempatan doktor-doktor berkenaan.

Presidennya Dr David K.L. Quek berkata ini kerana kebanyakan doktor keberatan untuk ditempatkan di kawasan pedalaman sekalipun Kementerian Kesihatan telah menawarkan insentif yang lebih menarik.

Masalah itu boleh ditangani jika kerajaan memperkenalkan polisi penempatan yang lebih tersusun dan adil, katanya menerusi kolum Presiden yang dimuatkan dalam buletin terkini MMA.

Beliau juga yakin jika Klinik 1Malaysia dipertingkatkan ramai doktor hospital kerajaan sanggup bertugas di klinik itu secara bergilir-gilir, atau menjadikannya tempat mereka mendalami latihan.

Langkah itu juga katanya selari dengan pandangan MMA bahawa Klinik 1Malaysia wajar dikendali oleh doktor berdaftar sepertimana yang diperuntuk Akta Perubatan dan bukan sekadar pembantu perubatan.

Walaupun mengalu-alukan langkah kerajaan memperkenalkan klinik tersebut bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan asas bagi golongan miskin bandar, MMA katanya berpandangan perkhidmatan yang disediakan harus dipertingkatkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain