suria

SPAN Saran Tindakan Kecemasan Hadapi Kekurangan Bekalan Air

PETALING JAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) disaran supaya mengadakan langkah kecemasan kepada pengguna bagi menghadapi situasi kekurangan bekalan air di musim panas sekarang.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia, S.Piarapakaran berkata langkah itu adalah bagi memastikan pengguna dapat besiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan masalah bekalan air.

SPAN sanggup bekerjasama dengan syarikat-syarikat pembekal air untuk menyediakan pelan tindakan kecemasan jangka panjang tersebut, katanya mengulas mengenai keadaan di mana terdapat empangan yang dilaporkan mengalami paras air yang menurun.

"Antara lain pelan tersebut perlu mengandungi usaha melindungi kawasan tadahan air, tidak membiarkan loji air beroperasi dengan kapasiti penuh, mengurangkan pembaziran air dengan memantau kebocoran paip, memasang alat penjimatan air di rumah-rumah dan menggalakkan amalan kitar semula air di industri," kata Piarapakaran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain