suria

Kem Kesihatan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

KUALA LUMPUR: Kelab Rotary Sentul dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) cawangan Wilayah Persekutuan akan mengadakan Kem Kesihatan percuma esok untuk golongan berpendapatan rendah di sekitar bandar itu.

Presiden Dipilih Peramis Rao berkata kem itu akan diadakan di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul mulai 8 pagi hingga 4 petang.

"Tujuan kem ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah di sekitar Sentul yang tidak berupaya untuk ke klinik swasta atau klinik kerajaan kerana faktor kewangan dan pengangkutan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi kesedaran dan kepentingan kesihatan kepada orang awam terutamanya golongan yang kurang mampu.

Antara aktiviti yang akan dijalankan esok ialah perubatan kesihatan, pemeriksaan darah, pemeriksaan gigi, pemeriksaan mata, pameran kesihatan, pendermaan darah dan pemeriksaan serta kaunseling untuk Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids).- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain