Keahlian Terus Agenda Utama BN - Semasa | mStar

Keahlian Terus Agenda Utama BN

KUALA LUMPUR: Sistem keahlian terus dijangka menjadi agenda utama Barisan Nasional (BN) dalam usahanya untuk meminda perlembagaan dan menggubal dasar agar bersikap lebih terbuka serta inklusif.

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti itu komited untuk melakukan transformasi bagi mengiktiraf sumbangan individu ataupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu.

"Parti perlu inklusif dengan memberikan ruang untuk golongan yang ingin berjuang (bersama BN) tetapi bukan berada dalam parti masing-masing (komponen).

"Kita akan lihat perkara yang berhubung kait, bagaimaana BN dapat membuat tranformasi yang sesuai dengan cita rasa dan kehendak ramai sama ada keahlian secara terus dapat dibincang dan dipertimbangkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Pergerakan Wanita Umno di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan parti itu akan akan mengadakan konvensyen akhir tahun ini bagi mengkaji pindaan dan dasar formal parti yang membabitkan tiga sayap komponen BN yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini.

Bagaimanapun Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, pelaksanaan sistem keahlian terus berkenaan perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli parti komponennya.

"Ini harapan kita (sistem keahlian terus), tapi dalam BN semua tahu ia memerlukan persetujuan semua ahli-ahli parti.

"Tetapi seperti Datuk Seri Najib ingatkan, sekiranya kita tak sanggup untuk berubah... parti akan dilihat tidak relevan," katanya.

Jawatankuasa itu akan turut dianggotai oleh wakil setiap parti komponen BN.

Menurut Hishammuddin, dengan mewujudkan sistem keahlian terus tanpa terikat dengan mana-mana parti berupaya mengelakkan individu atau pertubuhan daripada dibelenggu konteks kepartian.

"Kita sentiasa fikirkan bagaimana badan-badan gabungan, NGO, anak-anak muda kita yang mungkin belum lagi sampai kepada tahap mahu menyertai secara langsung dalam parti-parti tertentu tetapi ingin bersama-sama BN.

"Mereka mungkin mahu menjadi ahli dalam parti kita tanpa dibelenggu konteks kepartian," katanya.

Bagaimanapun menurutnya, pelbagai faktor perlu diperhalusi antaranya penentuan had umur untuk menjadi ahli secara terus.

Hishammuddin yang juga sebelum ini menjadi pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan Umno pada Perhimpunan Agung Khas (EGM) parti itu berkata, sudah tiba masanya BN melakukan tranformasi sejajar dengan landskap politik hari ini yang menuntut kepada perubahan.

"Sebelum ini kita beri kesedaran kepada ahli-ahli umno iaitu parti perlu berubah dan sekarang sampai kepada tahap BN.

"Gagasan 1Malaysia menuntut kita supaya berubah... kemahuan politik untuk melakuakan dengan kesedaran yang mendalam serta dengan sasaran yang tertentu, saya yakin ia juga dapat dilakukan dalam BN," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain