suria

"Jika ikut cakap Zahrain, rekod cemerlang K'jaan Negeri mungkin tercemar" - Guan Eng

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mungkin telah mencemarkan rekod cemerlang kerajaan negeri menghapuskan korupsi seandainya mereka menerima cadangannya untuk menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat RM2.

Guan Eng mendakwa, jika kerajaan negeri menerima syor Zahrain dan meluluskan tender untuk menguruskan Bukit Jambul Country Club (BJCC) kepada syarikat RM2 itu, anugerah tender itu mungkin akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Zahrain adalah pengerusi Island Golf Properties (IGP) iaitu sebuah anak syarikat milik perbadanan negeri itu, PDC.

BJCC adalah kelab golf milik IGP.

"Kita tidak meluluskan syor Zahrain agar kerajaan negeri menganugerahkan tender tersebut kepada syarikat RM2 itu kerana kita merasa ragu-ragu memandangkan ia baru diwujudkan dua bulan sebelum tender itu dikeluarkan.

“Malah, saya suspek syarikat ini diwujudkan semata-mata untuk tujuan membida tender tersebut,” tegas Guan Eng kepada para pemberita semalam.

Menurut Guan Eng, sejak Pakatan Rakyat mengambilalih Pulau Pinang dua tahun lalu, tidak ada kes korupsi melibatkan kepimpinan negeri.

“Sudah tentulah aduan mengenai korupsi dibuat kepada SPRM oleh pihak-pihak tertentu tetapi semua penipuan dan agenda politik ini tidak terbukti benar,” kata Guan Eng. Beliau ditemui pada majlis Tahun Baru Cina anjuran ADUN Pangkalan Kota, Lau Keng Ee di Flat Gat Lebuh Macallum.

Artikel Berikut

Artikel Lain