Tahanan ISA Warga Asing Akan Dihantar Balik: Hishammuddin - Semasa | mStar

Tahanan ISA Warga Asing Akan Dihantar Balik: Hishammuddin

PUTRAJAYA: Kesemua sembilan warga asing yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas akan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persiapan sedang dilakukan untuk tujuan itu.

"Kesemua tahanan itu berada dalam senarai paling dikehendaki bukan saja di negara asal mereka tetapi juga agensi perisikan dan anti keganasan antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Hishammuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tarikh sebenar dan tempat warga asing itu ditahan, mahupun nama kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan mereka.

Beliau juga enggan mendedahkan negara asal rakyat asing tersebut.

Pada 27 Januari lepas, beliau mengesahkan bahawa 10 orang yang terdiri daripada sembilan warga asing dan seorang rakyat tempatan telah ditahan di bawah ISA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai bantahan yang dibuat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini hari ini, Hishammuddin berkata, beliau menyokong pendirian kumpulan itu yang mahu anggota Parlimen Australia tidak campur tangan dalam urusan negara ini.

Beliau berkata, polis juga memantau sepanjang bantahan itu berlangsung bagi mengelakkan kemungkinan tidak diingini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA