Sebat: NGO Wanita Bantah - Semasa | mStar

Sebat: NGO Wanita Bantah

PETALING JAYA: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita hari ini membantah pelaksanaan hukuman sebat terhadap tiga wanita Islam yang diadakan pada 9 Februari lalu walaupun mengikut undang-undang syariah.

Malah mereka juga mempersoalkan tindakan kerajaan merahsiakan pelaksanaan hukuman berkenaan daripada pengetahuan masyarakat sehingga didedahkan melalui media kelmarin.

Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu kerana dianggap melanggar prinsip hak asasi manusia terutamanya terhadap wanita.

"Sebagai NGO wanita kami amat kecewa dengan hukuman berkenaan, hukuman sebat terhadap kaum wanita adalah melanggari hukum hak asasi manusia," katanya kepada mStar Online di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah.

Dua daripada wanita itu dikenakan enam sebatan, manakala seorang lagi empat sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Pelaksanaan hukuman itu dijalankan di Penjara Wanita Kajang pada 9 Februari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan serta pegawai dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.

Jelas Maria lagi, kerajaan sepatutnya perlu mendedahkan kepada masyarakat berhubung hukuman berkenaan sebelum apa-apa tindakan diambil.

"Mengapa kerajaan jalankan hukuman sebat itu tanpa memberitahu rakyat terlebih dahulu, mengapa buat secara rahsia?

"Ini bukan perkara kecil, hukuman sudah dijalankan baru kerajaan dedahkan," katanya.

Selain itu, Maria turut menggesa agar kerajaan mengkaji semula Undang-undang Syariah di negara ini.

"Kita harap kerajaan dapat mengkaji semula Undang-undang Syariah yang sedia ada sekarang.

"Memang ada masalah kalau negara kita ada dua undang-undang... sivil dan syariah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS), Dr Hamidah Marican berkata, pihaknya mengutuk hukuman sebat berkenaan kerana bertentangan dengan undang-undang sivil Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah yang menghalang hukuman sebat dijalankan terhadap wanita.

"Kami amat terkejut dengan tindakan pihak pejara melakukan hukuman sebat terhadap tiga wanita muslim itu.

"Kami juga ingin mempersoalkan motif kerajaan meneruskan hukuman sebat berkenaan walaupun isu mengenai kes Kartika (Sari Dewi Shukarno) masih belum selesai," katanya.

Hamidah turut menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya mengambil tindakan berhubung perkara ini termasuk isu yang melibatkan Kartika.

Tahun lalu, keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman enam sebatan terhadap Kartika Sari kerana kesalahan meminum arak, mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan hukuman berkenaan terpaksa ditangguhkan sehingga hari ini.

Beberapa pihak termasuk NGO mempertikaikan hukuman itu yang didakwa sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan walaupun Kartika sendiri rela untuk dikenakan sebatan.

Artikel Sebelum

Salah Guna Kuasa: Zahrain Cabar Lim Lapor SPRM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain