suria

Bekas Setiausaha Politik Dibebas Dengan Jaminan RM50,000

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik seorang menteri kanan yang ditahan pada 12 Februari lalu dibebaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, semalam dengan jaminan RM50,000.

Pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar Butterworth Khamis lalu dan menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.

Selain itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda didaftar di bawah sebuah syarikat yang beroperasi di Pulau Tikus, Pulau Pinang dan sebuah kereta mewah turut disita.

Difahamkan akaun bank suspek turut dibekukan bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Beliau yang direman pada 12 Februari lalu dibebaskan lima hari kemudian, kata SPRM dalam satu kenyataan semalam.

Isnin lepas, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan memaklumkan Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa Ahad lalu.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Artikel Lain