Anwar Fail Rayuan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan - Semasa | mStar

Anwar Fail Rayuan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Pada masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut memfailkan notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kes, yang sedang berjalan, sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan itu didengar di Mahkamah Persekutuan.

Notis rayuan dan notis usul itu difailkan menerusi firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners pagi ini di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Disertakan bersama notis rayuan adalah afidavit Anwar.

Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar@Izhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mereka memutuskan bahawa Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan sehingga 25 Mac sementara menunggu rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain