suria

Mekanik Maut, Pacuan Empat Roda Langgar Tiang Elektrik

KUANTAN: Seorang mekanik maut manakala dua rakannya cedera ringan selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebuah tiang elektrik di Kilometer 3 Jalan Temerloh-Mentakab dekat Temerloh, petang semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, Chong Yuan Seng, 23, yang mengalami kecederaan parah akibat kejadian itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

Beliau berkata, dua rakan Yuan Seng yang berumur 23 dan 24 tahun yang bekerja sebagai juruteknik hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.16 petang ketika Yuan Seng bersama dua lagi rakannya itu sedang dalam perjalanan dari Taman Muhibbah menuju ke simpang Songsang dekat Mentakab.

"Setiba di tempat kejadian, kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tiang elektrik yang berada di bahu jalan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Lain