suria

Wanita Antara Lapan Ditahan Dalam Ops Gong Xi 2

PADANG BESAR: Seorang wanita adalah antara lapan yang ditahan dalam Ops Gong Xi 2 di pintu sempadan di sini, yang berakhir tengah malam tadi.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis, Khairul Anuar Ahmad berkata, wanita berumur 23 tahun yang beralamat di Raub, Pahang itu ditahan semasa memasuki negara ini kerana dikesan mengambil dadah jenis methamphetamine.

Wanita pekerja salon itu adalah antara lapan rakyat negara ini yang berumur antara 23 dan 42 tahun yang ditahan kerana kesalahan mengambil dadah dalam operasi selama dua hari itu.

Wanita itu memasuki Thailand bersama seorang rakan lelakinya yang berusia 42 tahun Jumaat lepas dan rakannya juga turut ditahan kerana positif dadah selepas ujian saringan, katanya.

Dalam operasi yang dijalankan sempena Tahun Baru Cina itu, seramai 280 orang termasuk 34 wanita yang memasuki negara ini diperiksa melalui proses saringan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain