suria

Tujuh Laporan Polis Berhubung YBK Diterima

KUALA LUMPUR: Polis menerima tujuh laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, bagaimanapun dua dari tujuh laporan itu telah diklasifikasi sebagai memfitnah.

"Dari tujuh laporan itu, dua telah diklasifikasikan sebagai fitnah dan disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah," katanya.

Pada 7 Februari lepas, satu laporan dibuat oleh salah seorang Pengarah YBK, Mohamed Tamin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang turut disertai oleh Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Aduan tersebut dibuat selepas Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor memulangkan kepada YBK cukai tanah yang telah dibayar oleh syarikat itu pada Ogos 2009 dengan cek bernilai RM1.28 juta pada 4 Februari lalu.

Zainal Abidin berkata, para pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor tidak ada bidang kuasa untuk menyerahkan kembali wang pembayaran cukai tanah itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain